Catatan

VIDEO SETEMPAT

Imej
Hi Assalamualaikum semua, berjumpa kita kembali. Hari ini saya nak kongsi serba sedikit video setempat yang saya ambil semasa saya dan kawan-kawan saya keluar untuk membuang duit hahah. Jom saksikan video yang saya ambil ini. Jangan terliur okay hahahah Selamat menonton! Kehadiran Kuliah Minggu 11 - 8 Jun 2022

VIDEOGRAFI - VIDEO DOKUMENTARI

Imej
 Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia Video dokumentari merupakan video yang tidak mempunyai penceritaan. Video dokumentari ini memberi pengetahuan tentang sesuatu perkara. Video dokumentari ini memerlukan pengisian yang memberi pengetahuan dalam kalangan penonton. Kadangkala, video ini disertakan temu bual bersama watak sebenar dalam situasi tersebut supaya video tersebut lebih menunjukkan realiti. Kehadiran Kuliah Minggu 11 - 8 Jun 2022

VIDEOGRAFI - VIDEO SERAM

Imej
JANGAN CURANG KALAU TAKNAK HIDUPMU DIHANTUI!!!!!!! HAHAHA. Okay okay, Assalamualaikum korang! Sihat tak harini? Saya adalah satu cerita nak kongsi dengan korang semua. Minggu ni, kumpulan kami kena berlakon tahu tak??!! Salah satu pelakonnya mestilah saya hehehe. Kali ini, saya berlakon dalam video seram. Nak tahu kisah tentang apa? Tengok lah video diatas. Rupa hantu memang menakutkan tahu tak! Tapi jangan mengigau lepas tengok video ni okay? Ambil pengajaran daripada video di atas.  Untuk pengetahuan kalian, video seram ialah video yang berbentuk penceritaan yang memberikan kesan yang menakutkan. Video seram melibatkan entiti atau hantu dan ada juga yang tidak melibatkan entiti.   Kehadiran Kuliah Minggu 10 - 1/06/2022

VIDEOGRAFI - VIDEO TRAGEDI

Imej
Video yang dua pula ialah video tragedi. Kalau kalian nak tahu, video tragedi ialah video yang ada plot cerita yang dapat memberikan kesan emosi yang tinggi kepada penonton misalnya emosi sedih, gerun, murung, marah, terkejut dan emosi negatif yang lain.  Dalam video tragedi yang dihasilkan oleh kumpulan saya, kami menghidangkan plot cerita yang dapat memberikan kesan dalam kehidupan seseorang kerana lakonan yang kami sajikan amatlah mantap dan beremosi. Nak tahu plot apa yang kami berikan? Jom saksikan video ini! Kehadiran Kuliah Minggu 10 - 1/06/2022

LinkedIn

Imej
Huiii! bertemu kembali kita pada minggu ke 10 ni.. pejam celik pejam celik dah nak habis dah semester ni. berbaki lagi empat minggu je lagi untuk aku tulis blog ni..hopefully aku rajin lah nak update blog aku nantiii hihi.. okay jadi untuk amali minggu ni aku kena daftar satu akaun LinkedIn ni. Prof kata kalau daftar akaun ni boleh dapat kerja hm harap harap dapat lah. korang doakan aku dapat kerja tauuu okay byeeeee! Kehadiran Amali Minggu 10 - 3 Jun 2022  

VIDEOGRAFI: VIDEO LAGU [DUA INSAN]

Imej
Hai semua! jom tengok video kitorang buat music video untuk lagu Dua Insan hehe.. Jangan lupa like dan komen okey! 😉 Kehadiran Kuliah Minggu 9 - 25 Mei 2021