ME, MYSELF, AND I

     Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! selama 22 tahun saya hidup, hari ini merupakan kali pertama saya menulis blogger. Nak tulis blog ni pun dah rasa malu, tapi nak buat macam mana kerana terpaksa aku relakan lah 😂Jadi untuk permulaan, saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. 

    Nama saya ialah Aliah Maisarah binti Ahmad Fazli, boleh panggil saya Liyaa hihi. No matrik 208927 dan berusia 22 tahun. Saya telah dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. 

    Dalam gambar ni tak cukup lagi 2 orang sebenarnya tapi takpalah. biar saya explain kat sini..Saya mempunyai 5 orang adik beradik. Saya merupakan anak ketiga dan merupakan anak sulung perempuan yang pertama. Ayah saya merupakan seorang pesara tentera manakala Ibu saya pula merupakan seorang akauntan di mahkamah sesyen Seremban, Negeri Sembilan. 

    Tentang pendidikan pertama saya pula, saya dimasukkan ke sekolah rendah SK Jugra selama 7 tahun. Pada tahun 2013 saya menyambung pelajaran saya di sekolah SMK Panchor sehingga tahun 2017. Setelah itu,saya telah melanjutkan pelajaran saya di peringkat STPM di SMK Taman Forest Heights

    Selepas tamat STPM, Saya terus menyambung pelajaran saya dalam bidang Sastera dan Linguistik bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia sehinggalah sekarang. Semoga saya terus maju untuk mencapai cita-cita saya sebagai seorang pensyarah. Aminnn



    Hal lain tentang diri saya ialah makanan dan minuman kegemaran saya ialah saya suka makan makanan yang pedas. Selain itu, makanan kegemaran saya ialah makanan-makanan thaiMinuman kegemaran saya pula jus limau asam boi. Okay sampai di sini saja pengenalan diri saya, sampai ketemu lagi..bye bye!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SWAFOTO

CLOSE UP EMOSI

INSTAGRAM [FOKUS]