ELEMEN ASAS GRAFIK

 Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik termasuklah imej yang berbentuk paparan. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu:




ASAS GRAFIK - MUDAH (SUMBER GOOGLE) - SHOT ON IPHONE


Elemen      :  Mudah

Tema         :  Minuman

Huraian   : Gambar ini mudah untuk difahami tanpa sebarang kekeliruan kerana gambar ini hanya menunjukkan gambar secawan air minuman. Gambar ini memberi pemberatan hanya kepada secawan air disebabkan latar yang digunakan tidak memberi sebarang pemberatan hanya untuk keindahan gambar. Hal ini memudahkan individu yang melihat mengetahui mesej yang mahu disampaikan iaitu secawan air. Oleh itu, gambar ini mempunyai elemen mudah yang dapat dikenal pasti oleh individu yang melihat berkaitan dengan mesej yang mahu disampaikan.

Rujukan    :  https://pin.it/7irLUiY


Elemen      :  Warna

Tema         :  Makanan

Huraian   : Foto lebih mengetengahkan elemen warna dalam elemen asas grafik. Pemilihan warna dominan yang dipilih adalah warna biru, putih dan kuning. Ketiga-tiga warna ini, telah digunakan sepenuhnya dalam pembuatan foto tersebut. Latar berwarna biru gelap telah membantu menaikkan tulisan yang berwarna putih dan kuning yang bersifat terang.

Rujukan    https://pin.it/1BrkMxN  


Elemen      :  Teks

Tema         :  Slogan

Huraian   : Gambar ini mengetengahkan elemen teks kerana jenis dan saiz font serta warna font yang dipilih dalam persembahan grafik sangat sesuai. Selain itu, pemilihan jenis, saiz dan warna font yang sesuai memudahkan seseorang untuk membaca teks tersebut dengan sekali pandang.

Rujukan    https://pin.it/3pB6dpS


Elemen      :  Kesesuaian

Tema         :  Minuman

Huraian   : Gambar ini cukup menarik dengan kobinasi elemen grafik yang bersesuaian. Hal ini kerana, penggunaan latar yang gelam mampu menonjolkan watak secawan kopi. Kehadiran watak biji kopi dalam gambar mengukuhkan lagi penyampaian mesej dalam grafik kerana ia bersesuiaan dengan maklumat yang ingin disampaikan. Oleh itu, gambar ini mengngetengahkan elemen kesesuaian untuk menarik perhatian orang ramai.

Rujukan    https://pin.it/5W634qi  


Elemen      :  Keseimbangan

Tema         :  Pakaian

Huraian   : Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, ruang kiri dan ruang kanan foto mempunyai ruang kosong yang sama. Kedudukan pakaian di tengah-tengah dapat mengimbangi seluruh ruang kosong di dalam foto tersebut.

Rujukan    https://pin.it/62yi4dZ   


ASAS GRAFIK - MUDAH (AMBIL SENDIRI) - SHOT ON IPHONE

Elemen      :  Mudah

Tema         :  Makanan

Huraian   : Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, ruang kiri dan ruang kanan foto mempunyai ruang kosong yang sama. Kedudukan pakaian di tengah-tengah dapat mengimbangi seluruh ruang kosong di dalam foto tersebut.

Lokasi     : Rumah Sendiri


Elemen      :  Warna

Tema         :  Bunga

Huraian   : Elemen asas grafik yang paling menonjol di dalam foto di atas ialah elemen warna. Warna dominan yang difokuskan di dalam foto ialah warna hijau manakala, warna biru, ungu dan juga putih pada bunga merupakan warna tambahan yang membantu menghidupkan suasana di dalam foto. Bunga yang berwarna biru terlihat lebih menyerlah disebabkan latar berwarna hijau gelap.

Lokasi     : Bukit Bendera, Pulau Pinang


Elemen      :  Teks

Tema         :  Pencahayaan

Huraian   : Gambar ini dipilih sebagai elemen teks kerana tulisan ‘happily ever after’ begitu menyerlah. Pencahayaan, latar belakang, dan warna berupaya menjadikan teks menjadi lebih menyerlah dalam gambar ini. Hal ini membantu penyampaian mesej agar orang lain tertarik untuk membacanya. Oleh itu, kombinasi warna, latar mampu menonjolkan lagi elemen teks.

Lokasi     : N9 Container Cafe


Elemen      :  Kesesuaian

Tema         :  Flora & Fauna 

Huraian   : Elemen kesesuaian diketengahkan dalam gambar ini. Gambar ini menunjukkan seekor lebah hinggap pada sekuntum bunga untuk mendapatkan madu. Gambar ini menepati kehendak tema iaitu flora dan fauna. Maka, elemen yang ditonjolkan oleh gambar ini ialah elemen kesesuaian.

Lokasi     : Bukit Bendera, Pulau Pinang


Elemen      :  Keseimbangan

Tema         :  Haiwan 

Huraian   : Gambar tersebut mempunyai elemen asas grafik keseimbangan. Hal ini kerana pemberatan dalam gambar tersebut seimbang. Dalam gambar tersebut, ruang kiri dan ruang kanan foto mempunyai ruang kosong yang sama. Kedudukan seekor monyet lutung di tengah-tengah dapat mengimbangi seluruh ruang kosong di dalan foto tersebut. Margin atas dan bawah dalam foto tersebut juga sama dan seimbang.

Lokasi     : Bukit Bendera, Pulau Pinang


ASAS GRAFIK: ROMULO PRODUTION

Youtube Link: https://www.youtube.com/watch?v=VBI5PZvmuHU 


Kehadiran Kuliah Minggu 2 - 30/3/2022














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SWAFOTO

CLOSE UP EMOSI

INSTAGRAM 2.0