TIKTOK [HFMD]

hi semua! untuk minggu 8 ni kami dikehendaki membuat satu video tiktok berkaitan dengan penyakit HFMD. korang tahu tak tentang penyakit ni? haa jom aku terangkan

HFMD merupakan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) yang lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun. Ianya disebabkan oleh virus daripada kumpulan enterovirus yang tergolong di dalam keluarga picornavirus. 

Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild) dengan simptom demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

Virus penyebab HFMD boleh terdapat di dalam kerongkong dan najis dan merebak melalui melalui sentuhan terus dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit. Penyakit ini cepat menular di kalangan kanak-kanak. Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi majoriti kanakkanak berumur bawah 6 tahun adalah lebih berisiko.

Oleh itu, orang awam perlu mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  1. Kerap cuci tangan terutamanya selepas menyentuh pesakit HFMD atau barangan yang digunakan pesakit;
  1. Elakkan sentuhan langsung dengan pesakit;
  1. Elakkan dari berkongsi peralatan makanan dan barangan peribadi dengan pesakit HFMD;
  1. Jangan menyentuh bahagian tubuh seperti mata, hidung dan mulut selepas menyentuh pesakit HFMD; dan
  1. Pastikan kebersihan persekitaran rumah atau tempat kerja dengan mencuci atau menyahkuman permukaan lantai dan tandas.


    MUAT NAIK VIDEO TENTANG HFMD DI AKAUN TIKTOK SENDIRI



Kehadiran Kuliah Minggu 8 - 20/05/2022

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SWAFOTO

CLOSE UP EMOSI

INSTAGRAM 2.0